Pages

Monday, March 14, 2016

Reorganized Scarves(tudung) Area

Assalamualaikum
Entah apa ntah yang merasuk, tetiba terasa rajin nak mengemas ruang tudung dalam almari saya. Bak kata orang, perempuan ni kalau pakai baju takde tudung yang matching, still akan kata tak ada tudung, padahal tudung dah berlambak-lambak sampai berlebih-lebihan. adoi, saya ler tu...heeeee...

So hari ni saya nak share kan bahagian dalam almari yang saya khas kan untuk letak tudung sahaja. Berbulu je en.ed tengok. "Abang nampak tudung ayang je". sampai gitu sekali dia cakap.. padahal satu para je pon, bukannya keseluruhan tingkat dalam almari.... cisssss...


Rupa laci tudung yang dah siap kemas. Cara-caranyer ada di bawah yer.


Bahan-bahan: Kotak susu terpakai. Saya guna 5 kotak sahaja.

Bahan2 yang diperlukan.
Kertas A4, pembaris, pensel, pisau, gunting, solatape.

Gunting bahagian belakang kotak susu

Selepas dibuang bahagian belakang. Solatape/gam bahagian kotak yang terkeluar.
Untuk bahagian dalam, saya gunakan kertas A4. 
Sebab ngam-ngam lebar kotak sama dengan lebar kertas. 
Tak perlu gunting-gunting, jimat masa.

Ambil wallpaper dan wrapped kotak

Cak!. Dah siap... hehehe

Cak!. Dah siap 5 kotak.. fuhhh lap peluh kejap...

Bahagian laci untuk tudung. Laci ni ada roller. Boleh pull out. 
Ya ampun, condition dia sangat memalukan..... T_T

Sadis laci tudung saya ni... dah terkopak dah pun. Nampak sangat overload.

Ni pula bahagian tepi laci ada roller. Pun dah terkopak ha... T_T
Saya just skru je balik kat tempat lain yang belom terkopak.

Untuk bahagian belakang, saya guna stapler pengokot. 
Ambik ko, sebanyak-banyak stapler saya staple.
Hopefully bertahan lagi 10 tahun.

Siap. Susun kotak-kotak tadi... nampak kemas jer.. I like.... :)

Cak!... Sedapnyer lahai mata memandang... huhu
Bila dah guna kotak ni... tindih-tindih kotak lain atas dia pon takde masalah. 
Masih lagi nampak kemas.

Brooches yang saya take out dari tudung-tudung yang saya baru je kemas.
Patutlah ada orang kata, orang perempuan ni beli brooch 20 biji pun last-last tinggal seketul. hahahaha adoi..

p/s : Semoga selepas ni lebih-lebih lagi rajin mengemas-ngemas apa-apa yang patut.

Monday, February 29, 2016

DIY Diapers Cake

Assalamualaikum,
Lamanyer saya bercuti-cuti dari menulis blog kan... hehe... Okay first entry untuk 2016... fuh... dah masuk Mac baru nak buat entry, ampunkan saya..... hehe....okaylah, saya nak share diapers cake yang saya buat untuk biras saya. Memula macam tak confident je nak buat. Kot nampak buruks... Tapi once dah sampai ke tangan tuannya, baru tengok je tuannya dah kata, apa ni? macam kek je?? huhu... So berjayalah kiranya kan... :p


Diapers cake yang sudah siap. Moh ler kita tengok cara-cara membuatnya... 



1. Ambil kotak potong segi empat tepat dan balutkan dengan wrapper untuk dijadikan tapak diaper cake. Boleh juga guna Card board. Yang penting dia keras dan bila diangkat, tak lembik.



2. Ambil card board potong segiempat tepat juga kemudian bentukkan bulat dan balut tuala di sekeliling card board tersebut. In this case saya guna kotak cake sebab ketebalannya just nice. Diameter bulatan bergantung kepada kepanjangan segi empat, terpulang kepada anda, jika mahukan diameter bulatan yang besar, potong segiempat tepat panjang sedikit. Kemudian ambil surat khabar, atau kertas lama, sumbat masuk dalam kotak tersebut.



3.  Kemudian, dengan menggunakan gam biasa, letakkan gam di tengah-tengah tapak diaper cake tadi. 



4. Ambil tuala yang sudah di bentuk bulatan tadi dan letak di tengah-tengah tapak. Tekan-tekan lebihan surat khabar ke dasar tapak, supaya gam memegang kuat tuala tadi.


5. Ambil card board potong bulat untuk dijadikan penutup bahagian atas cakeIn this case saya guna card board baby cutlery, guna kotak kek pun boleh sebab tidak tebal.


6. Last but not least, ambil handkerchief dan balut penutup bulat tadi. Susun barang-barang lain di sekeliling tapak dan di atas diaper cake. Akhir sekali, jangan lupa letak riben untuk memeriahkan suasana... hehe... Terpulanglah pada kreativiti masing-masing.


Pandangan sisi sebelah kiri


 Pandangan sisi sebelah kanan

Diapers Cake yang sudah siap di balut. Saya tak nak balut sebenarnya. Tapi en.ed insist to wrap it up. Sebab nampak kosong dia kata kalau bagi cenggitu jer..


Diapers Cake consist of :
1 mittens, 1 booties, 1 snow cap
1 towel
1 Handkerchief
1 socks
1 cutlery set.

Jangan tanya saya kenapa takde baju or seluar. Sebenarnyer saya terlupa nak beli. Pagi nak buat baru teringat. tapi tak sempat dah, sebab pagi tu lepas breakfast memang terus nak balik bagi ke tuannya.... sob...sob....


p/s : Sebab dulu-dulu masa deliver, berangan nak dapat diapers cake sebenarnya. Dapat bagi orang pun jadilah kan... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...