Pages

Wednesday, October 7, 2015

Mr. D.I.Y Nilai sudah di buka.

Assalamualaikum....
Hari ni takde nak share DIY apa-apa... tapi nak share salah satu kedai favourite saya... iaitu Mr.DIY Nilai. Mr.DIY Nilai terletak dekat Giant Nilai iaitu di 9 Avenue Nilai. Iaitu shop lot yang terletak di sekeliling Giant Nilai. Mr.DIY ni betul-betul dekat tingkat atas kedai anakku. Before ni dokla asyik ke Mr.DIY shah alam. Lepas ni nampaknyer bertapalah saya dekat Mr.DIY ni... sebabnya sejengkal je dari rumah... adoi... confirm lepas masuk Giant en.ed akan minta masuk sini.... fuhhhhh.... So orang nilai, sepang dan yang berhampiran bolehlah terjah... in shaa allah branch Mr.DIY yang ni tidak akan menghampakan anda. Sebab apa saya cakap macam tu, sebab antara banyak-banyak store dia, en.ed paling suka Mr.DIY shah alam... sebab luas, tak nampak sesak... dan isle dia pon lebar... muat masuk stroller... Same goes to yang dekat nilai ni... isle dia luas, tak nampak sesak dan organized.

Feel free to browse the pictures below....I just take photos the one that catch my eyes.... (promosi tak berbayar tau ni).... :p

Table cloth




Langsir dalam range harga RM25-RM40

Bathroom rack - RM16.90

Panglima kecil rambang mata... 
Rak masih ada lagi yang kosong. But overall not disappointed.

Mainan macam moose tu RM24.90 sahaja.. dekat Giant RM70++. 

Paris statue... 11.90 & 6.90... murahhhh sangattttt

Variety of clocks

Oh ya, last but not least, kalau nak berbelanja more than RM30, Boleh pergi 17th & 18th October 2015 ni, Sebab dorang akan bagi umbrella giveaway for the first 800 customer... 

p/s : Till then...

Thursday, May 7, 2015

Susunatur Laci Minyak dan Ubat-ubatan.

Assalamualaikum,

Sejak kebelangan ni mood nak menulis tidak berkunjung tiba. Projeknya banyak tapi dok terperap je gambarnya dalam hand-phone, edit tidak, menulis pun tidak. no mood. fullstops.

Hari ini, saya cuba juga untuk menulis walaupun mood tak berapa nak ada. Saya share kan susunatur dalam laci tempat saya simpan minyak, krim dan balm. Before this, simpan juga dekat laci yang sama tapi menggunakan kotak yang lebih besar. Hasilnya, everytime saya buka atau tutup laci, bergolekkan semua botol-botol minyak yang ada dalam laci tu. Moreover ada pembantu kecil molek tolong buka dan tutup laci, so memang wajiblah bergolek-golek dia dalam tu. Botol minyak gamat elok-elok ada sedozen tinggal 2 botol je sebab habis tumpah isi dalam dia dalam bekas... haihhhh...


Before - saya guna bekas besar.

Sambil-sambil cari idea, saya surf jugakla website ikea untuk dapatkan idea susunatur dan saya berjumpa dengan produk Godmorgan, tapi harga dia agak pricey. Fikir punya fikir, masuk dapur nampak pula bekas candies yang banyak terbiar dekat atas rak. So, ting ting ting....tetiba dapat idea nak buat apa dengan bekas-bekas tu semua... heeee....
Godmorgan RM49.90
Source Ikea malaysia


Sample bekas candies.

Bekas candies yang saya dah buka penutupnya.
Ala-ala ikea jugakla kan... bolehlah... yang penting zero cost. i likeeee

After. Okaylah sikit kan...

Before and after. 

Okay, bekas-bekas candies ni actually saya dapat daripada menghadiri wedding dan birthday party. Tapi kebanyakkannya daripada aunty en.ed. Sebab everytime pergi rumah dia which is time raya or time dia datang melawat masa open house or kenduri, mestiiiii dia akan bawa buah tangan which is berupa candies, chocolate, biscuit dan macam-macam lagi. 

Cheq ingat lagi last year pergi berhari raya ke rumah dia. Masa nak balik tu, ha... amik ko... dia bagi paper bag besor, then buka almari kitchen cabinet dia and suruh kita pilih mana-mana biscuit, candies, nescafe pon hadoooo siap dengan cawan ko.. hahaha....dah macam buka kedai runcit pulak cheq tengok..... bahahahaha.... rezeki kan... jangan di tolak ye dak.... heeeee...

p/s : OkayThat's all for now. Till next entry ya...

Wednesday, February 25, 2015

Wires Labelling

Assalamualaikum,
Simple sharing for this week. Oleh kerana dekat dapur ada banyak appliances, jadinya plug pun banyak jugak. Bagi saya yang selalu ke dapur mungkin bolehlah nak cam plug yang mana satu untuk microwave, toaster dan semua tu, tapi bagi orang luar a.k.a mak dan adik-beradik memang terkial-kial lah nak cari plug yang mana satu yang nak digunakan. Moreover, rumah saya tak ada kitchen cabinet, so, semua appliances  saya susun dekat satu tempat yang sama, jadinya berselirat jugaklah wayar plug dekat situ.

So untuk memudahkan kerja, saya membuat labelling untuk semua wayar-wayar plug yang ada. Simple sahaja.



Barang-barang yang diperlukan :
Sticker
Gunting
Marker Pen

Sticker biasa saya labelkan dan gunting kecil.

Tampalkan dekat wayar... kan senang dah tahu wayar yang mana satu. 
Memudahkan parent dan siblings nak guna appliances.
Nak lebih tahan lama, atas sticker tu tampalkan soletape. Kalis air gituuu..


p/s : Simple sangat kan. Okay, mood tengah kelaut. heeeee

Monday, January 26, 2015

Kemas Bilik Stor

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum,
First entry untuk tahun 2015. Alhamdulillah semakin bertambah tahun, semakin bertambah jugalah umur kita dan semakin kita menghampiri kematian. Subhanallah. Terlalu banyak peristiwa-peristiwa penting berlaku pada negara pada tahun lepas. Semoga tahun baru ini, membawa sinaran dan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Semoga rakyat dan pemimpin semakin tawaduk dan beriman kepada Yang Esa. In shaa allah.

Lama betul tidak bersiaran. Tahun baru yang mencabar bagi saya, sebab terlalu banyak peristiwa berlaku. Anak masuk sekolah, done some minor surgery + circumcise for my big panglima. Masih lagi dalam pantang bersunat. 3 minggu ponteng school. haihhh... last but not least majlis solemnization dan walimatulurus my brother in lawFirst entry untuk tahun 2015 ini, saya dahulukan dengan entry mengemas stor. heeee... lama terperap entry ni tak publish2. Tak ada kesempatan. huhu...

Sebenarnya dah lama menyimpan hajat nak susunatur stor. Asyiklah dok diskus, nak guna rak atau pasang shelve jer. Asyik diskus pros and cons antara kedua-dua benda ni. Lastly, en.ed decide beli rak je. Sebab dia kata senang keje dia. tak payah nak drill-drill bagai dekat dinding... hehehe... So mencarilah rak sampai ke nilai 3. Nasib lah sejengkal je dari rumah...

Kami beli rak kuning biru depth 2ft, length 4ft dan height 8ft. Masa mula-mula diskus saya nak rak depth 1ft jer.. tapi en.ed kata nanti barang-barang saya tak muat... barang saya jugak yang disalahkan. Padahal gift-gift masa kahwin awak jugakkkk kannn... okaylah, he's the boss...2ft it is.

Yang bestnyer masa pasang tu, ngam-ngam je ruang stor tu. Ada ruangan sikit jer untuk badan boleh masuk <- see I told u...ish... Then time nak susun-susun, boleh pulak dia cakap, keluarkanlah semua barang-barang daripada kotak besar. Susun semua atas rak... tetiba konfius... kalau semua barang bawak keluar dari kotak besar... what's the point beli rak sampai 2 kaki... sebab bila bawak keluar semua barang-barang guna rak 1ft pon muat kannnn tak perlu beli sampai 2ft..... ishhhh... sangat tak faham okay dengan en.ed ni... naseb lah dia tak pertikaikan why saya tak nak bawak keluar dari kotak besar... huhu... kalau tak, dan-dan kena ceramah dengan saya.

The reason saya malas nak bawak keluar semua barang sebab dia ajak saya kemas stor memalam buta. Time anak nak tido time tula dia bersemangat nak kemas stor... Tak kuasa nak layan okeh... banyak keje nak bawak keluar semua dari kotak besar tu...

Paandangan dari pintu masuk stor. 
Okayla sikit kalau nak compare before tu lagi serabut kannn

Bahagian sebelah dalam stor.

p/s : Yang bestnyer kemas memalam buta sebab, bangun-bangun esok pagi tengok stor dah cantik... huhu... lapang sikit dada... nak masuk pun tak rasa serabut.... heeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...