Assalamualaikum,
Deko ruang tamu pulak. Raya nak dekat yea...yeayyy.... hehe...O
kaylah, untuk tingkat bawah ni, sebenarnya ada 2 ruang tamu. 1 ruang tamu untuk
family dan satu lagi lebih kepada ruang tamu
formal. Tapi tidaklah
formal mana, sebab panglima-panglima saya masih lagi suka memunggah kusyen-kusyen yang ada di situ, menyusunatur meja-meja lepas tu main lompat dari meja ke kerusi... hah... boleh bayangkan tak tahap kesepahan dia... lotihh maknyer nak ngemas.... terasa macam nak pasang pintu
sliding, bagi tutup terus bahagian ni, tapi tak praktikal sebab ruang rumah nampak lebih sempit dan anak-anak tak bebas bermain.
Okay, untuk ruang tamu
family, boleh baca selanjutnya dekat
SINI ye, sebab saya dah pernah
share sebelum ini. Bagi ruang tamu
formal pula, saya menggunakan perabot kayu jati, kekonon nak deco ala-ala
France. So,
furniture yang kami pilih pun ala-ala
France. Tapi oleh sebab laki bini tak pandai men deco, ala
France semuanya ke laut... haishhhh...
Perabot jati saya ni bukan gred A, gred biasa-biasa je. Gred A cheq x mampu, jati ni tak tahu gred apa, tapi yang pasti, ni kayu jati muda,
that why kalau angkat tak berat sangat dan warna kayu dia
light brown tak berapa hitam. Kalau kayu jati gred A
which is kayu tua, yang itu memang berat, kayu pun kehitaman sedikit warnanya dan harganya
of course lagi mahal. nasib baiklah perabot jati yang berwarna kehitaman saya tak berapa minat, kalau tidak kopaklah duit tabung.
Set perabot jati ni saya beli di puchong. Tak ingat nama kedai dia, tapi kedai dia betul-betul dekat tepi
highway dan sebelah dengan
flyover selepas tol RM1.60.
Actually, kedai dia juga buat
custom made furniture dan juga
upholstery perabot lama. Kalau ada perabot lama yang nak tukar baju tu boleh hantar ke kedai dia. Saya beli perabot ni pada awal tahun 2010. Alhamdulillah sekarang dah 4 tahun guna, masih kukuh, kain pun masih cantik, sebab jarang guna ruang ni.
Macam yang saya bagi tahu dekat
entry saya yang lepas, en.ed memang suka menyusunatur perabot dia.
So, meh kita tengok berapa kali dah susunatur ruang ni berubah. Tapi ni sebahagian sahaja, sebab gambar lama semua dalam
external hardisk.
1. Living room area for the year 2013.
Perasan tak frame tu, dah berubah kedudukannya ke dining hall saya.
Ruang tamu akhir tahun 2013. Kekonon nak mewujudkan reading corner di situ.
Tak berapa praktikal sebab susah cheq nak membersihkan kabinet kat ceruk tu.
Ruang tamu awal tahun 2014.
Frame atas kerusi sudah bertukar..
Ruang tamu raya 2014.
In shaa allah deco belum muktamad. Selagi belum raya, selagi tu la akan ada perubahan.... hehe
p/s : If kawan-kawan tak keberatan, cer vote susunatur ruang tamu mana yang kawan-kawan suka. Mana tahu cheq tukar semula sebelum raya.... kekekeke...