Pages

Monday, April 7, 2014

Bracelets Holder

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak diy bracelets holder. Biasa nampak dekat kedai-kedai accessories je. Terfikir nak buat macam ni sebab, biasanya bracelets saya ni terletak dalam kotak yang tertutup, so bila tengah kelam kabut bersiap-siap, takde de nyer nak terfikir buka kotak bracelets nak pakai bracelets bagai, sebab confirm-confirm lupa... Bertahunlah dia bersemadi dekat dalam kotak dia tu. So bila bracelets ni dah letak luar macam ni, dah nampak depan mata, hopefully rajinlah tak lupa pakai.

Contoh bracelets holder. source.


Saya punya simple je tak ada stand bagai. Saya guna kitchen paper rolls. Bila paper tu dah abis, saya ambil gegelung paper dia.


1. Gegelung kitchen paper yang dah abis.
2. Gunting wrapping paper(sampul), lebihkan bahagian tepi.
3. Sellotape sampul pada gegelung tadi, gulung dan sellotape semula.
4. Bahagian tepi paper yang lebih tadi, gunting kepada 2 bahagian.
5. Kemudian glue kan bahagian lebihan paper tadi.
6. Ta daaa... dah siap...

Inilah dia rupanya. Sebahagian daripada bracelets saya.

Saya tak buat stand dia sebab saya nak letak dalam laci dan saya letak je dekat atas kotak bracelets yang asal. Actually saya bukanlah jenis memakai bracelets, dan bracelets yang ada kebanyakkannya pemberian daripada insan-insan yang baik hati, mak, mertua, makcik dan en.ed. Yang saya beli sendiri??? adalah 2,3 ketul jerrrr....(sebenarnya nak bagi tahu, bracelets saya tak banyak...huhu)

p/s : DIY yang simple sangat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...