Pages

Monday, February 17, 2014

Reorganized Utensils

Assalamualaikum,
Oleh kerana rumah saya tak ada kitchen cabinet so susunatur dekat dapur sangatlah tricky. Semuanya disebabkan tiada ruang storan yang cukup untuk menyimpan utensils yang ada....
Nampak sangatlah berserabut dekat atas meja. Meja dapur en.ed diy sendiri menggunakan kayu lebihan yang dia ambil dekat site. Siap-siap potong bahagian tengah lagi untuk menempatkan stove ala2 build in gitewww... huhu... ok en.ed memang seorang yang teliti dan kemas.

So sempena chinese new year hari itu, kami balik kepong, apa lagi, ambillah kesempatan yang ada, pergi ikea. Sale banyak sempena chinese new year ni. Memang dah target nak membeli tempat letak utensils. Yang bestnyer harga semuanya di bawah rm10. Target membeli memanglah semuanya di bawah rm10, tapi bila membayar, habis jugakkk RM200++. Haihhhhh....

Okay ni antara barang-barang yang saya beli untuk reorganized tempat-tempat utensils.

Bygel rail (yang panjang) : rm8.90
Wire basket : rm 6.90
Bygel s-hook : rm 1.90.

Barang yang lain-lain memang dah sedia ada. So untuk reorganized tempat utensils hanyalah rm17.70 sahaja. Yang bestnyer barang2 dia berkualiti jugak, sampai en.ed kata, bole beli lagi ni untuk letak dekat bathroom pulak... tapi....no, sebab saya ada planning lain untuk bathroom. Hehehe... okay untuk reorganized ni saya minta en.ed drill dekat dinding antara stove dengan sinki.

Tips untuk drill : Guna mata driller yang memang khas untuk jubin. Satu lagi kalau nak drill, drill di sambungan jubin. Jangan drill dekat tengah-tengah jubin. Kang pecah pulak jubin tu....

Before

After

P/s : Macam inilah orang yang tak ada kitchen cabinet, kena lebih kreatif untuk letak barang-barang supaya tak serabut



Monday, February 10, 2014

Make over bantal peluk lama

Assalamualaikum,
Cerita bantal pulakkkk... Bantal busuk peluk ni adik saya punya sebenarnya, tapi dah jadi hak milik saya since dia tinggalkan bantal peluk ni dekat rumah saya. Yang sadisnya bantal peluk ni sebab dia punya span dah habis. Senang cakap dah penyek dah bantal peluk ni. Kain bantal peluk pun dah koyak. Kesian tengok....

Disebabkan sakit mata tengok bantal peluk ini, saya sumbat-sumbat span bantal peluk lama ini sampai dia jadi pendek. Ikat bahagian yang terlebih kain tu. Then, bahagian satu lagi yang masih berbentuk bulat, saya tetas dahulu jahitan dia, and saya jahit semula dengan jahitan lurus sahaja. Bahagian yang diikat tadi, saya gunting kain lebihan dan jahit lurus jugakkk. Tak sampai setengah jam dah siap. Lepas itu bolehlah sarungkan dengan sarung bantal baru beli dekat tesco/giant. Murah jerrr. Nak yang mahal pun boleh, ikutlah sedap mata memandang.
1.
Rupa bantal busuk peluk itu.

2.
Keluarkan alatan menjahit. Recycle tin biskut.. Old school sungguh...(saya tak ada mesin jahit) :(

3.
Jahit tutup terus bahagian yang sudah ditetas tadi. Buat untuk kedua-dua belah.

4.
Tadaaaa.... dah pun siap...

5.
Sarungkan dengan sarung bantal yang baru.

 6.
Kebetulan tukar cadar sebab panglima kecil terkucil di atas katil (tu pun nak bg tahu. :p ). 
Matching pula letak dia dekat situ.

p/s : Mood tengah rajin...

Thursday, February 6, 2014

Drop zone area

Assalamualaikum,
My drop zone area ni terletak bersebelahan dengan sliding door dan berhampiran dengan pintu masuk utama. Juga bersebelahan dengan hat and coat stand. Tujuan drop zone ni adalah untuk memudahkan en.ed meletakkan barang2 dia seperti kunci kereta, rumah dan yang sewaktu dengannya. Accessories pun dia letak kat sini, nampak benor meja make up bini dia ni dah conquered. Huhu...

Drop zone area

Bekas putih yang saya gunakan untuk drop zone ni adalah recycle daripada bekas hantaran masa kahwin dulu. Masa kahwin memang purposely beli bekas ni supaya akan datang boleh digunapakai semula. So takdelah membazir beli kan... Ada 3 bekas macam ni, tapi satu mak mertua dah cop. :p

Dua2 bekas ni saya letak dekat situ sebab salah satu adalah untuk meletak modem streamyx dan satu lagi barulah untuk meletak barang-barang en.ed. memang saje guna bekas besar, sebab en.ed memang banyak barang. Semua resit-resit, surat-surat pun dia suka letak dalam tu. Kekadang agreement apa-apa pun dia letak je kat situ. Sayalah yang tukang kutip then letak bersama-sama dengan kawan-kawan dia yang lain. Haihla... okey takpe saya faham sebab saya pun pernah bekerja dan serabut tidak organized langsung...semua benda nak senang dan cepat... huhu..

Tapi ada masalah sebenarnya dengan drop zone area ni. Sebab apa? Sebab ia menjadi tumpuan perompak untuk mencuri kereta. Senang je kan, tak yah geledah rumah untuk dapatkan kunci kereta, silap-silap wallet pun ada sekali dekat drop zone ni. Macam mana saya tahu? Believe me, I've been through. Perompak masuk rumah semata-mata nak curi kereta. En.ed pulak jenis letak wallet, jam dengan hp dekat drop zone ni, masa pencuri tu masuk, dia tak geledah tempat lain dah, sebab purposely dia masuk semata-mata nak curi kereta, tapi dah depan mata ada wallet dengan hp, dia sebat lah sekali kan. Nasib baiklah hp en.ed hp zaman dolu2, maksudnya bukan smart phone dan duit dalam wallet pun ada rm20 je time tu. Menjadi pengajaran pada kami. Sejak tu memang tak nampak dah wallet dia dekat drop zone ni. Tapi hp dengan jam masih di situ..

Tips untuk drop zone area ni, make sure jangan letak barang-barang berharga dekat situ. Biar jelah kunci kereta seketul kat situ, nak curi kereta pun takpe, bak kata en.ed, nasib baik ada kunci kereta, kalau dia cari kunci takde, takut dia apa-apakan kami anak beranak pulak... lagilah takut dan fobia kan.... biarlah hilang kereta, jangan hilang nyawa.

Rupa dia sekarang, serabut sikit hat and coat stand. Semua cap pun sangkut situ.

p/s : Hahaha panjang lebar saya bercerita, padahal nak cerita pasal drop zone area je pun, tapi saya share kanlah sekali pengalaman saya ek... hehehe. Sorry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...