Pages

Monday, December 15, 2014

Reorganized Daily Cloths

Assalamulaikum,
Seminggu saya berfikir apa yang boleh saya buat dekat dalam wardrobe kami laki bini ni. Sebab wardrobe tak banyak. Ada seketul je pon. Tak cukup untuk memuatkan baju-bajan kami. Jenuh tenung-tenung almari ni sambil fikir apa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk memaksimumkan ruangan dalam almari supaya semua baju muat dalam almari ni. For the mean time, separuh baju-bajan kami tumpang dalam almari anak2. Naseb baju-bajan anak-anak belum banyak lagi. Bolehlah, lepas ni tak tahula. Memang kena fikir alternatif lain jugak. So, me came up with this idea.

Before we go any further, here's the picture of my daily cloth look like...

huhu... horror... 

When we want to pull out the cloth, the chances it would fall are higher... ehehe.. it's always need to refold the cloth so it would not fall. Dah banyak kali kot, asal buka je almari, baju-baju jatuh bergelimpangan atas lantai... sangat frust... and because we didn't have many wardrobe to begin with, so fikir punyer fikir... macam mana nak sumbat semua baju-baju tu dalam ruang closet yang kecil ni...

Maybe many of us would suggest to just hang the cloth. Actually en.ed suggested the same things to me. But when I rethink it again, I want to be an example for my kids. Who would want their kids to not knowing how to fold their own cloth isn't? At least my kids see me folding our daily cloth so that they can learn in the future how to taking care of their own cloths.


Barang yang diperlukan :
Self adhesive wallpaper (Wajib sebab kotak yang hendak dibungkus sangat banyak)
Gam
Gunting
Pembaris
Pisau
Pensel
Pembaris Panjang

6 kotak air mineral.

Potong kotak kecil untuk dan tampal di tapak kotak levelkan bahagian dalam kotak.

Ambil kertas kajang, ukur dan potong ikut ketinggian kotak dan tapak kotak. 
Kemudian balutkan bahagian ddalam tepi kotak dan juga tapak kotak.


Ambil wallpaper plain potong 5cm untuk balut bahagian luar tepi untuk kekemasan.

Ambil wallpaper bunga-bunga dan balut sekeliling kotak. 
Kemudian ambil wallpaper plain yang sudah dipotong tadi dan balut sekeliling bawah dan atas kotak.

Dah siap. 1 done 5 more to go..

Okay dah siap...

                                        Before                                                     After

Fuuuhhhhh... terpesona en.ed melihatnya... hehehe
Lepas ni rajin-rajinkanlah diri tu mengangkat kotak tu kalau nak ambil baju yang bawah yer en.asben...
Sebenarnya nak beli rak, tapi tak jumpa rak yang berkenan lagi. In shaa allah...suatu masa nanti....kekeke

p/s : Kotak-kotak ni saya dapat dekat rumah parent saya. Masa adik kahwin bulan 8 aritu, parent masukkan botol mineral comel 500ml ni ke dalam goodie bag jemputan. hehehe

Thursday, December 4, 2014

From a Maxi Dress to a Palazzo Pant

Assalamaualaikum,

Kemalasan melanda di dalam kesibukan. huhu... aduhai... apa kerja pun tak jadi. Tapi dalam tak jadi tu, ada jugakla projek yang dapat disiapkan. hehehe...Maxi dress ni sister in law yang bagi. Baju zaman anak dara kekdahnya. Dah tak muat, so dia pass down dekat saya sebab anak dara dia pun tak muat... hohoho... Tapi saya bukan jenis yang pakai dress... susah nak breastfeed panglima saya kalau pakai dress. Nak sedekah tak sampai hati, sebab terdapat lubang pada kain chiffon dia ni. Lubang terkena iron panas.

Jadinya kita make over saja lah maxi dress ni. Moreover dah lama saya nak beli palazzo pant, tapi tak terbeli-beli sampai sekarang. Sebab harga palazzo pant ni kalau dekat nilai paling murah RM28. Dapat buat satu ni pun dah alhamdulillah. Boleh buat basahan dekat rumah.


Maxi dress iteww.. bulatan merah di mana baju berlubang terkena iron.

Tetaskan dahulu bahagian lapisan baju chiffon dan juga zip. 
Zip boleh reuse. So kita simpan.

Rupa bentuk kain yang sudah di tetas dan dipotong. 
Tetas juga bahagian tengah kain untuk bukaan seluar 

Next pasangkan getah seluar. Saya guna getah seluar yang nipis.

Ta daaaa at zero cost. My first Palazzo pant.

p/s : I'm not a professional tailor. I admit that. heeeee

Tuesday, November 18, 2014

Plastic Bag Dispenser

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, minggu ni dapat siapkan 1 DIY yang dah lama pendam nak buat, tapi tak buat-buat... heeee... Sebab apa tau... sebab saya cuba buat plastic dispenser ala-ala mat saleh buat, jenis yang rollkan semua plastic bag then tarik keluar macam tarik tissue paper tu. Tapi 10 kali cuba 10 kali jugak gagal... Punyerlah susah... sakit hati dibuatnya. Terus stop...



DIY plastic bag dispenser by Hey Kayli - yang inilah saya failed for a thousand times.... ngeh ngeh ngeh...sape nak cuba, boleh cuba. Kalau menjadi boleh share dengan saya ye apa trick yang uolls guna.

Tapi tetiba je, satu minggu yang aman damai, dapat idea. Tak payah susah-susah nak tunggu plastic bag dah banyak baru nak roll2. Kita lipat jela satu persatu. Saya lipat style saya. Ada cara lipat segi tiga. But again, saya tak reti... huhuhu...dan untuk plastic bag dispenser ni saya guna concept First In First Out (FIFO). Sila rujuk gambar di bawah untuk cara-cara melipat plastic bag.

Okay, dah siap lipat-lipat plastic bag, kita make over pulak kotak. Cari kotak yang bersesuaian. Saya guna kotak susu anak dengan kotak corn flakes. Kotak susu untuk plastic bag kecil, Kotak corn flakes untuk plastic bag besar. Tengok kotak pun dah tahu mana satu besar mana satu kecil. Dah tak perlu nak label. Tapi kalau label lagi comel... ngehngehngeh...


Potong Bahagian bawah kotak berbentuk seperti sebuah poket.

Potong kiri dan kanan telinga kotak. 

Ambil wrapping paper dan bungkus kotak tadi.

Firstly, wrapped dahulu bahagian poket kotak. 
Supaya lebih kemas dan garisan kotak yang dipotong tidak kelihatan.

Ambil wrapping paper yang besar dan ukur saiz poket tadi kemudian potongkan dan tampal wrapping paper tersebut di sekeliling kotak.


Okay, dah siap. Dah boleh masukkan plastic bag yang sudah siap dilipat tadi.
Nampak macam mudah, tapi renyah sedikit. lebih-lebih lagi part poket dia tu.

p/s : Thank you and bye bye.

Thursday, November 13, 2014

Letters Decoration

Assalamualaikum,

Banyak benda dalam kepala ni nak buat, tapiiiiii kemalasan melanda... susah betul nak kikis kemalasan tahap dewa macam ni. fuhhhh...Hajat hati nak buat decoration untuk bilik master bedroom pun asyiklah terbantut. Bertahun tidur dalam bilik itu, tapi seketul gambar pun tak dok dekat dinding. Sangat bare and bored. Hopefully menjadilah letters decoration ni. Walaupun tidak secantik dan sehebat DIY professional yang lain. At least I put some effort on it. And hopefully en.ed menghargainyer... ngeh ngeh... jangan dia sound macam kanak-kanak ribena punyer bilik udah ler...


 Bahan-bahan yang diperlukan :
Gunting
Pisau
Pembaris
Kertas pembalut
Hardboard. (Kertas Keras/Kotak)
Gam
Sellotape
Cat spray

1. Lukiskan Huruf pada kertas A4.
2. Dengan menggunakan pembaris dan pisau, potong keratan huruf tadi. 
(sila abaikan tangan panglima saya itu..)
3. Huruf yang sudah siap dipotong.


4. Tekapkan kertas A4 yang sudah siap dipotong ke atas kerta hardboard(kertas keras/kotak).
5. Lukiskan huruf tadi.

5. Potong hardboard mengikut bentuk huruf.

6. Ambil pembalut kertas dan balutkan hardboard yang sudah siap diptong tadi.

Huruf-huruf yang sudah siap. Untuk '&' saya just spray menggunakan spray merah. 
Sebab terlalu banyak lekuk, sukar untuk membalut huruf tersebut dengan kertas pembalut.


Testing

Decoration atas kepala katil.

Close up

Another letters decoration yang saya sempat siapkan. Yang ini saya tampal dekat playroom depa. 
Sambil tampal, sambil suruh panglima besar belajar... heeee


p/s : En.Ed balik je dia kata, "ayang ni takde kerja eh".... muahahahaha....yola, tengok orang lain punye letters decoration cantik-cantik, kita pun nak buat jugakkkk... haissshhhh


Wednesday, November 5, 2014

15 Insanely DIY Wooden Palette That Will Melt U Down..

Assalamualaikum,

Today I'm not going to share my DIY project, but I will share a DIY using wooden palette that I Googled. Very charming

mudah.my

mudah.my

mudah.my

google image

google image

google image

google image

FB image

google image

google image

google image

google image

google image

google image

google image

p/s : Most of the pictures I've got from google image. If you know the source of this images, kindly leave it in the comment section and I'll tag the photo with the link later. Thank you peeps..

Friday, October 31, 2014

Home Binder 2015 by Susunatursioca.

Assalamualaikum,
Tahun baru 2015 sudah hendak menjelma. Lagi dua bulan sahaja. Anda semua sudah ada perancangan untuk tahun hadapan ker? Perancangan untuk holiday, perancangan untuk menu masakan harian, perancangan untuk aktiviti bersama anak-anak. Kalau belum, bolehlah start merancang dari sekarang. Boleh juga dapatkan buku perancangan harian daripada susunatursioca iaitu Home Binder 2015.

Home binder 2015 by susunatursioca ni, dia DIY sendiri tau. Untuk tahun 2015 punya, cantik-cantik dan comel cover home binder dia ni. Kalau ada sesiapa nak tempah boleh contact owner nya di http://susunatursioca.blogspot.com/.

Antara cover Home Binder feveret saya. Kok comel temennnn??? hehehe

Info-info lain berkaitan dengan home binder 2015 ni anda boleh membaca selanjutnya di SINI.


Tuesday, October 28, 2014

Repurposed Old Pillow Using a Laundry Bag

Assalamualaikum,
Dekat rumah saya ni, ada banyak bantal-bantal kusyen yang kecil-kecil. En.ed suka letak kusyen-kusyen kecil ni dekat atas kerusi. Like mother like son. Sebab dekat rumah mak mertua pun banyak kusyen-kusyen kecil. Yang bagusnya ada kusyen ini ialah, bila ada sesiapa nak melepak berbaring depan tv, tak perlulah nak mengangkut bantal-bantal yang besar dari dalam bilik. Kurang sikit masalah di situ. Nak kemas pun senang. Letak je balik atas kerusi. huhu... kan dah kurang masalah di situ... kekeke...

Make over hari ini ada kaitan dengan bantal kusyen yang kecil itu. Oleh kerana jangka hayat dia dah berakhir, kain sarung non-woven yang membaluti kusyen ni dah pun koyak. So saya tukarkan sarung dalam kusyen ini dengan kain non-woven juga, tetapi daripada laundry bag yang saya dapat free jika menginap di bilik hotel. Saya gunakan laundry bag ni sebab pertama, kainnya juga non-woven, kedua kerana ianya berwarna putih, ketiga kerana ianya laundry bag, macam tak sesuai lah pula nak bawak pergi supermarket then, letak barang-barang shopping dalam bag tu. (padahal boleh je... ngengada kan...)huhu... moreover banyak lagi shopping bag eco friendly lain yang boleh digunapakai. Kiranya laundry bag tiada kegunaannya, duk diam dalam stor bersama bag non-woven yang lain.


Bahan-bahan yang diperlukan :
Gunting,
Mesin jahit,
Bantal yang ingin dibaikpulih.
Laundry bag

Rupa bantal yang sudah terkoyak sarung kain non-woven nya.

Laundry bag yang akan digunakan.


Jahitkan laundry bag tadi pada garisan merah. 
Tinggalkan sedikit ruangan untuk memasukkan span bantal.

Kemudian terbalikkan laundry bag supaya bahagian kain yang terlebih terletak di sebelah dalam bantal.
Masukkan span ke dalam bag tadi.

Penuhkan bag tadi dengan span.

Jahitkan ruangan terbuka yang bertujuan untuk memasukkan span bantal tadi.

Cakkk... dah pun siap. heee... 


Pakaikan dia baju pulak... heee... kan dah cantik... hikhihhik..


p/s : Ada juga kegunaan laundry bag ni. Tak sia-sia saya simpan.... ekekeke



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...